Thursday 11 April 2013

Wish List 2013 Part 1

Fujifilm Instax Mini 8s

Sudah dipesan dengan Lazada, katanya akan dihantar dalam sedikit masa, yahoo! 
lepas ni boleh berfoto-fotoan setiap hari ^___^








Ofis Baru 

Saya berdoa agar bos menang dalam pilihanraya akan datang, dan saya boleh pergi meninggalkannya dengan hati yang tenang. Saya lihat kerja sekarang tidak menjamin hidup diakhirat, byk dosa dari pahala yang timbang.  Jadi saya harap kerja baru yg lebih tenang dan rasa nak intai portal JAKIM sekarang :)




SICN 

Perniagaan yang diadakan untuk menghiburkan hati kawan hahah mainan yg kini jadi salah satu keutamaan.   Cabarannya saya perlu capai target pasaran dan pastikan SICN meletops di pasaran chaiyok!





Muslimah Designer

Masa kecik-kecik dulu nak sangat jadi fesyen designer.  Kalau dulu suka lakar evening dress ala raja-raja, kini dah besar saya rasa tak lewat untuk mencube, cuma saya jatuh cinta dgn rekaan muslimah sahaja. InsyaAllah =)





Pelamin & Kahwin 

Kahwin sebelum umur saya mencecah 30 tahun.  Itu bermakna saya hanya ada lebih kurang 1tahun 6 bulan sahaja.  Jodoh ini rahsia Allah swt dan saya percaya jodoh saya baik dan sedang menunggu saya di luar sana, cuma tak tahu bila haha! fuhh~ susah nak kahwin sebenarnya sbb saya sgt takut pada komitmen suri rumah tangga! >_<




Wednesday 10 April 2013

ChoiiiceeeRaya


Ada yang seronok tanpa kata..
Ada yang gementar tak terkira..
Ada yang kene kerja lebih masa..
Ada yang menabur fitnah merata-rata..

Saya membilang hari saja, untuk lepaskan segala yang ada!
mencari punca rezeki yg lebih berkat dengan izinNya


Tuesday 9 April 2013

Hidup Ini

Dalam hidup ini tak semua manusia ada tujuan
Dalam hidup ini tak semua manusia ada cita-cita
Dalam hidup ini tak semua manusia ada impian
Dalam hidup ini tak semua manusia ada cinta...

Yang pasti semua manusia ada salah satu dari yg dinyata..

Pilih dengan bijak dan bertindak jangan cakap sahaja macam saya !



Hari Pertama

Hari Pertama ...

Terkebil-kebil cuba melihat..
Terkuak-kuak cuba bergerak

Assalammualaikum dan salam sejahtera dunia bloggers, my name is : SAYA

^____________^